30 Jun 2012

persiapan awal...

Hari ini tengah hari kat rumah ada makan2...
jadi petang tadi pakcik datang untuk pasang kemah kat depan untuk tetamu yang bakal tiba...

harap esok pagi sempat kemas2 apa yang belum siap lagi...

17 Jun 2012

Kubur Di Kubah Masjid Nabawi Ialah Jendela



Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.


copy : http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=94291

14 Jun 2012

sayang adik

Nama : ahmad anas hasif

hampir 20 hari dah si kecik ni ada kat rumah...

suka sagat bila si abang yang ganas,tapi dia sayang dekat adik yang comel...