5 November 2015

Padam Album Picasa Dalam Gallery

Dicadangkan lakukan ketika online: 

Langkah 1
Pergi Setting---->
General---->
Tekan Akaun Google---->
"untab"Sync Picasa Web Albums".

Langkah 2
pergi Settings----->
General---->
Application Manager---->
"All" tab----->
cari Gallery dan tap "Clear Data" 


selesai...

8 Januari 2015

Bila cerita yang tersembunyi...


Balik je kampung mesti aku akan p jumpa tuan moto ni.
orang tak berapa hensem tapi dia baik hati.
Zaman suka duka time sekolah sentiasa menjadi bualan.
masih bujan,perlukan teman.
terima kasih.

17 Februari 2013

Cara membuka Power valve kawasaki KR 150






Tukul getah/Rubber hammer


Pelayar cengkam ragum/Vise grip Browser


power valve yang telah dibuka dari blog



Mula dengan mengunakan Pelayar cengkam ragum/Vise grip Browser untuk memegang puting PV yang terkuar dari permukaan blog (5) bersertakan pukulan dari tukul getah keatas permukan blog dengan sepenuh hati.Untuk memastikan bahagian bawah tidak cedera sila letakkan kain,,,ulangi sehingga GUIDE-valve (1) terkuar dari tempatnya,sebelah lagi ikut cara yang sama...apa bila Guide (1) Itu  terkeluar dari tempat nya maka tarik Guide(1) tersebuat,selesai satu dan terus tarik batang PV ke atas hingga ROD-governor(3) itu berada diantara(4)gigi PV(2),dan cuba tarik ROD(3) tersebuat kesebelah yang anda selesa,dah habis dekat ROD(3) tu sila cabut batang PV dari atas dengan mengunakan apa sahaja yang rasa boleh mengeluarkan PV tersebut dari lubang PV...

SELAMAT MENCUBA

10 Januari 2013

Maksud Dan Hikmah Ayat 1000 Dinar


WAMAN YATTA QILLAHA YAJ’AL LAHU MAKHROJA WA YARZUQUHU MIN HAITHU LA YAHTASIBU WA MAN YATAWAKAL ‘ALALLAHI FAHUWA HASBUHU INNALLAHA BAALIGHU AMRIHI QAD JA’ALALLAHU LIKULLI SYAI IN QADRAN


MAKSUD:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)



link youtube: ayat 1000 dinar



HIKMAH AYAT 1000 DINAR

Barangsiapa mengamalkan ayat ini insya-Allah akan:

1.Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.

2.Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.

3.Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.

4.Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.

5.Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.
Cara untuk mengamalkannya hendaklah dibaca setiap selesai dari solat 5 waktu, sebelum berangkat ke pejabat atau tempat kerja dan bacalah juga setiap kali sebelum hendak tidur. Bacalah dengan bilangan 3 atau 5 atau 7 kali.

Memali Ringkasan Kisah...




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.

al fatihah untuk para syuhada memali.

copy dari :Terjah Minda

8 Januari 2013

how to delete account gmail 2013

hari ni aku nak padam accoun gmail yang lama lak,
kalau ada acc gmail yang lama nak padam cuba lah ikut cara kat bawah ni...

(1)

(2)

(3)

(4)

(5)

(6)

(7)
aku malas nak tulis...tengok dan cuba sendiri ia...

3 Januari 2013

how to delete blogger account 2013

Sebenar aku nak cuba padam blog yang lama aku tak tengok rasa ada guna aku buat cara nak padam blog ni,jadi kalau nak padam blog lama yang tak berapa menarik cubalah ikut step ini

(1)

(2)


(3)


(4)


(5)


(6)

akhirnya padam jugak blog lama ini...selamat mencuba...

14 Disember 2012

POS LAJU PENIPU

 Aku betul2 hairan kenapa baju yang aku tempah tak sampai2 lagi...tunggu puanya tunggu dah lebih dari 3 minggu...last terima call dari cik khalid...cakap yang barang untuk aku dipulang semula sbb alamat rumah aku tak lenkap,sedap2 dia je...rasa orang yang kerja kat pejabat pos tempat aku ni memang asal kat kawasan ni jugak tapi kenapa cakap alamat rumah aku ni tak lekap tiada no jalan...abah kau...kalau betul kau tel aku dah lama aku pergi ambik...aku tahu lah kau punya kerja bayak bersusun2 nak hantar surat kat rumah orang...tapi tak mungkin kau boleh tel tak jawap...bodoh ke apa???
 Ok kalau biasa POS laju akan tinggal kan surat untuk p ambik surat atau bungkusan yang ada kat pejabat pos...tapi kenapa kau tak tinggalkan surat itu...dah penipu dah kat situ...orang lain pun ada kerja gak tapi ada gak masa untuk pergi hantar dan ambik surat atau bungkusan kat pejabat pos...tapi kalau dah tidak tinggal surat atau call siapa tahu yang ada surat kat pejabat pos tu....
 harap lain kali tak jadi macam ni lagi ia POS LAJU PENIPU



25 November 2012

Bersama anggota KR-KawaRetro 150

kejadiaan pada 30 jun 2012...biar gambar berbicara..














tahun depan ada rezeki kita akan berjumpa lagi...
(kawa reput)

Tidak Pernah Lupa

Bukan senang untuk belajar membuka dan memasang sebiji enjin kawasaki kips ini,jenuh jugak bagi aku yang baru je hendak belajar walaupun aku tidak pernah balajar di IKM atau di Giatmara.
Tapi aku sentiasa bertanya orang yang lebih arif dari aku,maklum lah orang yang baru belajar mestilah banyak tanya(nak buka macam mane?)(nak pasang ni nak letak kat mane?)
itu semua soalah lazim kot bagi aku yang baru nak belajar bab moto kawasaki kips ni...
ni untuk  pertunjukan sahaja...

Sebanarnya enjin ni dah 3 kali dah aku cuba pasang tapi tak jadi,last2 tanya 
aku tanya abe2 pomen dari dalam grop kawa re
apa pun kalau minat dah tak malu untuk bertanya mesti dapat jawapan..
malu bertanya sesat jalan
malu bila dipelawa lapar.
Ilmu dari abe2 tidak pernah saya lupa

(baru pasang gear box)

(pemasangan semula tampa isi perut)
ini moto kawasaki super kips 150 KRZ

30 Jun 2012

persiapan awal...

Hari ini tengah hari kat rumah ada makan2...
jadi petang tadi pakcik datang untuk pasang kemah kat depan untuk tetamu yang bakal tiba...

harap esok pagi sempat kemas2 apa yang belum siap lagi...

17 Jun 2012

Kubur Di Kubah Masjid Nabawi Ialah Jendela



Klik Di Sini Untuk Zoom Gambar

Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid An-Nabawi. Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam Az-Zabidi tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida'ah dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian ulama' menganggap bahawasanya Imam Az-Zabidi Rohimahullahu Ta'ala hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah al-Munawwarah.

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi.


copy : http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=94291

14 Jun 2012

sayang adik

Nama : ahmad anas hasif

hampir 20 hari dah si kecik ni ada kat rumah...

suka sagat bila si abang yang ganas,tapi dia sayang dekat adik yang comel...

18 Februari 2012

masih belum lengkap

Hari ini aku bahagia bila mendapat tawaran yang hebat,mungkin bagi orang lain ia adalah sampah.Tapi bagi aku ia adalah harta yang aku cari selama ini,aku telah mencari merata tempat tak pernah dapat tapi apabila ada seorang insan yang murah hati membuat tawaran untuk memberi dia pada aku,dengan hati terbuka aku menerima tawaran itu.Aku rasa ini tidak keterlaluan untuk aku mengatakan yang aku mula sayang padanya...Walaupun dia pernah ada teman tapi aku tak kisah sebab itu kisah dulu.Aku harap hubunggan antara aku dan dia kekal sampai bila-bila amin.



 (sekarang dia milik ku)

14 Februari 2012

follow sampai jadi macam ni...

Aku ni tak ada cerita untuk malam ini.jadi aku cuba untuk follow orang lain yang bagi link kat fackbook aku.dari petang tadi smapai sekarng dah tak tahu berapa aku follow dah...jadi ini yang terjadi pada aku,ini cume perkara biasa je.harap kalau anda nak follow orang lain jagan sampai jadi macam ini ia...bayak kerja nak dibuatnya...


(ini contoh)



(ini lagi satu contoh)

13 Februari 2012

masih ada yang sambut

(sumber facebook)

Hari ini aku nak cakap tentang valentine day yang di sambut seluruh dunia,dulu masih ramai yang meyambut valentine.Aku dulu pun pernah sambut sebab aku rasa time tu aku tak berapa faham dan pasti apa yang patut dan apa yang tidak.Tapi itu semua dah lepas dah aku tak akan ulang lagi.
 Ramai kaum hawa yang terlanjur kerana pujuk rayu si lelaki yang mahu menikmati madu yang tidak patut diberikan kepada si lelaki kerana belum sampai masanya.Apa pun aku harap tidak yang belaku lagi pembuangan bayi dalam tempoh 9 bulan lagi...
 Sekali silap langkah tidak boleh undur lagi,jadi cegah sebelum terlambat...

Air Tangan Isteri


Makan malam yang enak bersama isteri dihari cuti...

12 Februari 2012

Ultraman pemalas...

 Kali ini nak bercerita tentang hobi my son,dia ni memang suka sagat dengan ultraman.Ini antara yang masih ada kat dalam rumah,my son suka bagi ultraman tido "ultraman hafiy penat dia nak tido" ini yang selalu di sebut oleh my son.Ada yang tercedera ada yang masih dalam keadaan baik,cubalah tegok ia takut ada yang berkenan  dengan ultraman kat cini.



(yang ini je masih disimpan)


(walaupun cedera masih disimpan)


(yang ini nasib terselamat)

"Best photo Contest" by Akin Amar






 " Saya rasa gambar saya best kerana gambar ini tak akan berulang 2 kali"


Nak tau apa hadiahnya?tgk gbar kat bwh ni...amacam,best x..klu rs nak mehla join..bole klik kat SINI jgk...:-) 

Syarat- syarat penyertaan simple je :
 1. Buat satu entry yang bertajuk " BEST PHOTO CONTEST" by Akin Amar. 

2. Letakkan banner contest di atas dalam entry korang tu dan linkkan terus ke entry contest ini. 

3. Paling penting , upload gambar yang korang rasa gambar paling best yang menggembirakan bagi korang dan Lengkapkan slogan " Saya rasa gambar saya best kerana ............" 

4. Follow blog akin bagi memudahkan korang untuk mengikuti perkembangan contest ini. Tapi tiada sebarang paksaan ya. 

5. Hah, korang jangan lupa pulak linkkan entry korang di ruangan komen ok. 

6. Tag tiga orang kawan korang dan makesure diorang tahu la. Baru meriah you"ll. hee^^ 

7. Korang dialu -alukan memberi pandangan tentang blog picisan akinamar ini. ( Ini kalau rajin, tidak wajib yer kawan-kawan;) 

Tarikh tutup penyertaan : 03 March 2012 / 12pm 

Hadiahnya adalah : 

No 1 : Underwater LOMO Style Film Camera (Flower) 

Underwater LOMO Style Film Camera is an ultra compact 35mm waterproof outdoor camera. It captures the motions underwater up to a maximum depth of 10 feet. With a 28mm, f / 9.0 lens and its underwater shoot capability, this LOMO style 35mm film camera qualifies as the ultimate gadget for casual, snapshot photography. 

Specification : 

Material : Plasctic 

Product Size : 120 x 88mm (4.7" x 3.1") 

Max Depth: 10 feets (3meters) 

Best Distance : 4 feets 

Packing : Each camera is packed with an original paper box packing 

Gross weight : Approx 185g (6.5oz) 

Focus: Free 

Film to be used : any 135 (35mm) film 

Lens : 28mm , f/q 

Battery : No battery needed 

5 hadiah saguhati : Topup RM10 setiap seorang # Kalau banyak penyertaan hadiah akin akan tambah lagi.^^ 


kalau berminat kelik disini